Sunday, 30 December 2012

Hasil usaha kami

Susah nk pasang bidai tingkap ni.. sile sediakan peralatan yg mencukupi untuk pasang. Yang penting driller kene ade and ukuran yang tepat adalah penting! Kalo tak bidai ko pasang samada senget or soket kiri and kanan x sampai nak pasang bidai tu nanti.. alamatnyer berlubang2 la dinding rumah korang or korang sendiri akan mengalami tekanan yang amat dahsyat! Hehehe...

Setelah berhempas pulas.. bidai yang kami beli kat tesco dengan harga rm99 ini selamat di pasang. Puas hati!

Monday, 26 November 2012

simple and smart yet cute

jom sembahyang asar dulu" 
"okeh"
"wak"
"urm?" husband membuka luas ke lima2 jarinya dan kemudian menguncupkan semula. perbuatan tersebut dilakukan beberapa kali di depan muka ku
"mana sempat! orang nak bukak tudung lagi nak pakai telekung lagi abes tu nak bukak telekung lipat nak pakai tudung balik itu je pon dah ambik masa 5 minit merepek jer"

sekurang2 nya kene ambik masa dalam 15 ke 20 minit okeh.. lagi2 la kalau pakai tudung yang lilit tu..
........ xde sambungan..

Wednesday, 17 October 2012

Abah..

Abah semoga roh mu ditempatkan bersama orang2 yang beriman. 8am:181012

Sunday, 14 October 2012

CAR II

Aktiviti survey kereta masih lg diteruskan. Tp sekarang ni pilihan kereta sudah berubah antara toyota vios atau kia forte. Bukan lg honda city atau proton preve lg. Semalam pergi showroom toyota ngan kia dan dapat la tengok2 kereta2 ni dgn jelasnyer.

Kereta forte featurenyer agak banyak jugak. Ade camera belakang so kalau reverse x perlu nk toleh2 belakang sebab camera akan display view belakang pada cermin pandang belakang. Haaa hebatkan? Lagi dia ade 6 speed, boleh beralih pada pemanduan secara manual atau auto. Ada start button untuk menghidupkan enjin kereta.Dan banyak lg. Pandai salesman tu terangkangkan. Start dari buka pintu smpaila ke bonet. Bt sy teruja nk drive forte.

Tp hati kecil husband sy berkata vios. Maybe sbb vios lg jimat minyak kot. Kami cdg mahu ambik yg 2nd hand jer. Nak yg baru mcm x mampu. Tp yg 2nd hand pon ok gak. Harga lg kurang, km pon x banyak sgt,kereta pon still nmpak baru. Banyak boleh dpat kat kedai2 used car.

Mcm kt tmpat sy ni plg dekat n banyak kedai jual used car adalah di sepanjang jalan sg sekamat cheras kajang. Mcm2 keta ada. Kalau dekat klang rumah husband sy tmpat yg ade bnyak choice utk used car ni adalah dekat jalan kapar, pon banyak jugak yg jual keta terpakai

Oleh itu mari kita mensurvey lagi... lilililaaaaaa


Friday, 5 October 2012

A CAR

semenjak dua menjak ini aktiviti mensurvey kereta agak kerap dijalankan. Berdasarkan dari apa yg dilihat dan dibaca, Honda City I-vtec dan juga Proton Preve menjadi pilihan. Tapi tulah.. aktiviti survey mensurvey masih lg diteruskan

Monday, 1 October 2012

Adam hawa

Suami sy nonton adam dan hawa sambil peluk bantal.. hihihi

Wednesday, 26 September 2012

TABAH

Sila tabahkan hati ye kawan.. sy pon berasa sedih dgn apa yg sedang awak hadapi sekarang. Semoga Allah sentiasa melindungi awak sekeluarga. (>^ω^<)

Monday, 17 September 2012

Tayar basikal..

Sebabkan kononnyer macam terer sgt boleh masukkan sendiri basikal husband kat dlm kereta, sy dh tersalah bukak tayar.

Patot kene bukak tayar depan sebab tayar depan x bersambung dengan rantai basikal sy pg bukak tayar belakang.. dah habis terburai rantainyer.. nak pasang x boleh nk pasang mcm tu jer. Basikal tu bukan jenis basikal biasa yg boleh pakai sangkut2 jer rantainyer. Padahal dulu masa kecik2 naik basikal kalau rantai tanggal sangkut jer balik kat gerigi dia tu dah selamat boleh dah nunggang pulang ke rumah dengan gembiranya. Tapi basikal yang ini basikal yg ade gear!!

WaaĆ a... okeh be nice with your husband okeh.. buat muka paling comel. Dia nk cakap ape ye kan jer.. hukhukhuk o(T^T)o

Sunday, 16 September 2012

M.A.L.A.S

ARKIB:06/08/2012 - UTUSAN ONLINE

Malaysia 10 negara malas

LONDON 5 Ogos - Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan. - AGENSI

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Malasnyer.. (°___°)

Testing

Test for mobile blogging..