Sila tabahkan hati ye kawan.. sy pon berasa sedih dgn apa yg sedang awak hadapi sekarang. Semoga Allah sentiasa melindungi awak sekeluarga. (>^ω^<)
Wednesday, 26 September 2012
Monday, 17 September 2012
Tayar basikal..
Sebabkan kononnyer macam terer sgt boleh masukkan sendiri basikal husband kat dlm kereta, sy dh tersalah bukak tayar.
Patot kene bukak tayar depan sebab tayar depan x bersambung dengan rantai basikal sy pg bukak tayar belakang.. dah habis terburai rantainyer.. nak pasang x boleh nk pasang mcm tu jer. Basikal tu bukan jenis basikal biasa yg boleh pakai sangkut2 jer rantainyer. Padahal dulu masa kecik2 naik basikal kalau rantai tanggal sangkut jer balik kat gerigi dia tu dah selamat boleh dah nunggang pulang ke rumah dengan gembiranya. Tapi basikal yang ini basikal yg ade gear!!
WaaĆ a... okeh be nice with your husband okeh.. buat muka paling comel. Dia nk cakap ape ye kan jer.. hukhukhuk o(T^T)o
Sunday, 16 September 2012
M.A.L.A.S
ARKIB:06/08/2012 - UTUSAN ONLINE
Malaysia 10 negara malas
LONDON 5 Ogos - Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.
Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.
Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.
Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.
Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.
The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.
Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.
Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan. - AGENSI
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Malasnyer.. (°___°)