Monday, 11 August 2014

Thursday, 27 March 2014

PENANG

Pergi Penang waktu Thaipusam 17012014. Kami gerak dari KL dlam pukul 9.30pm. Sebelum tibanya hari keberangkatan kami ke penang ni banyak orang yang mengatakan kami konfem berdepan dengan jam yang teruk disebabkan ramai yang nak balik kampung arah utara. Even nak masuk penang pon kat jambatan jam teruk. Banyak jalan ditutup bersemperna perarakan thaipusam nanti. kami gigihkan jugak niat untuk meredah tu. Tak kesah la jam pon jam la. Duduk jerla dalam keta tu diam2. Nak wat canekan. Ko yang dogil sangat nak poyie jugak ha rasakan. Namun.. Keadaan tidak seperti apa yang digambarkan. Perjalanan kami lancar. Kami tak stuck dalam jam pon. Yang jam jalan yang menghala ke selatan. Sesak teruk sebab ada accident. Jambatan pulau pinang pon lengang. Kami tiba di Tune hotel pada jam 1.45am. 3 jam setengah masa perjalanan. Syukur Alhamdulillah. Selamat kami sampai

Monday, 13 January 2014

PERAK DHARUL TAKZIM

Akhir tahun lepas kami sekeluarga dan keluarga Aunty Zan telah bercuti di Perak. Apa ade kat Perak? meh saya cito sikit apa ade kat sana.. its Educational trip.


  • Restoran Nasi Vanggey aka Nasi Ganja.



Nasi Vanggey ni sebenanrnya adalah nasi kandar.Dipanggil nasi ganja sebab sekali makan nak makan lagi buat orang jadi ketagih. Itu jer.. Tak adalah dia letak ganja ke apa ke dalam makanan tu. Wallahualam. Tapi memang sedap.  Restoran yang kami pergi ni locationnyer di Kamunting.



  • Taiping War Cemetry



Kawasan ini merupakan tanah perkuburan parajurit2 tentera British yang terkorban sewaktu perang dunia kedua. terbahagi kepada dua kawasan tanah perkuburan 

Friday, 10 January 2014

Taman botani

Aktiviti di waktu weekend minggu ini adalah beriadah di Taman Botani Putrajaya. Plan nak sampai sana pukul 8 tp setelah mencuba sedaya upaya kami untuk sampai ontime masih lagi gagal. Tepat jam 9 baru kami smpai di depan kaunter taman botani itu.  Cadang nak berbasikal sambil pusing2 taman tapi ofkoz la beskal habis. Seawal jam 7 lagi org dah datang nak sewa basikal. Hmmmm... Next time be on time!

Lalu kami berkesudahan dengan berjalan kaki sambil berlari2 anak mengelilingi taman botani itu. Padahal xde la keliling sangat. Setengah perjalanan lepas tu patah balik kat kaunter tanya ade basikal tak hahaha. At last kami dapat jugak naik basikal. RM4 untuk satu jam.. Kalau taknak naik basikal boleh la kalau nak naik tran. Harga tiket untuk naik tran sy tak tanya pulak.

Pada pemerhatian saya Taman botani masih tak ramai lagi org yang datang berkunjung. Pemandangan tasiknya bersih dan tenang. Sesuai sangat kalau sesiapa nak datang berpicnic. Bentang tikar lepas tu duduk baca novel pon best. Boleh feeling2 gitu sambil membaca. Heee.. So thats all